ABOUT ME ENTRY CERPEN DOODLE

Saturday 31 December 2016

Untuk Budak Kelas Aku

Okay, ucapan ni...mungkin aku dah siapkan beberapa bulan yang lalu. Cuma aku tambah sikit ajinomoto supaya rasanya sedap
p/s: kepada budak-budak kelas aku, sila baca dengan loghat utagha. walaupun hampa tak reti, tapi baca jugak noh.

Sekolah Rendah: orang kata aku pendiam
Sekolah Menengah: mungkin masih pendiam
Asasi: sama ja jugak
Degree: aku ter'infected' dengan semua suspek dalam kelas ni. Sebab..depa ni hingaq gila. Kalau hampa nak tau, oghang yang salu buat hingaq kat dalam surau sebelum masuk zohor tu depa ni la. Tak kira la surau fakulti sains ka surau ISB ka surau IPS ka surau KDK ka, ada ja benda nak sembang. Padan muka hampa tak boleh tidoq. Walaupun masih ada golongan yg lagi hingaq, lagi bising daripada depa, tapi aku masih suka golongan ni (nampak tak asabiah disitu). *aku tak bising, aku baik, lol*

Weyh, aku nak cakap terima kasih sebab buat hari-hari aku ceria. Chewah, poyo gila. Dak, serius nih. Kalau malam-malam aku sedih, esok pagi jumpak hampa kat kelas confirm aku gelak. Aku taktau hampa yang lawak ka aku yang mudah terhibur. Walaupun realitinya aku memang mudah terhibur. Cuma aku nak pesan, bawak-bawak la bertaubat sis. Hahaha

Terima kasih untuk sepanjang tiga tahun setengah ni, walaupun masih berbaki beberapa bulan. Tapi aku nak wish sekarang sementara masih ikhlas, esok lusa mana tau dah tak berapa nak ikhlas. Haha
Di kesempatan ini, aku mintak maaf andai ada terkasar bahasa dekat sapa-sapa, sengaja atau tidak sengaja kutuk sapa-sapa (aku selalu gelakkan orang, soriii weyh). Aku maafkan kalau hampa ada kutuk aku. Tapi senyap sudah, jangan bagitau apa benda. Minta maaf jugak sebab aku selalu senyap dalam group wassap. Walaupun tak reply, tapi aku baca.

Walau apa pun perancangan hampa lepas grad, aku doakan semoga semuanya dipermudahkan. Yang mana yang nak sambung belajaq, selamat berjuang. Semoga cukup duit untuk sambung. Sori, taknak join. Ehem, yang mana yang nak cari jodoh, semoga jumpa. Tapi aku harap aku kawen dulu dari hampa, lol (okay, tak boleh cakap pasal kawen nanti abah marah). Yang mana yang nak cari kerja, semoga dipermudahkan urusan. InsyaAllah ada rezeki kita (jangan lupa doa kat aku sama T-T, takut~).

Last but not least, aku doakan setiap satu antara hampa berjaya dunia dan akhirat. Aminnn. Jangan tinggai semayang (termasuk pesanan kat diri sendiri), jaga diri baik-baik dan buat yang terbaik untuk final. Aku tak larat nak kejaq dekan, hampa tinggai la aku dengan pointer ciput ni.

Aku, insyaAllah akan rindu hampa. Jumpa nanti.

p/s: tolong translate utk foreigner dalam kelas kita

0 comments:

Post a Comment