ABOUT ME ENTRY CERPEN DOODLE

Wednesday 23 March 2016

Mutaba'ah Amal

Assalamualaikum
(Chewah, tak pernah-pernah bagi salam)
Harini nak share template Mutaba'ah Amal. Tu je :)
Nah



 Semoga bermanfaat :)



“Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku kepadaku, qada’Mu kepadaku adalah adil. Aku memohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam alam ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku”

Monday 21 March 2016

Manusia Gedik

If you can relate to these, then you're with me.

Mak aih, ingat pertubuhan bangsa-bangsa bersatu ka apa.
Dok aih. Mesyuarat tepi tingkap ja. Duhh.
(Tak paham diam)



Masalah bila dalam kepala otak, macam-macam benda nak buat on this weekend.
Siap list dah.

Broga hill           ✔
Tabur hill            ✔
Gunung baling    ✔
Dan segala pak nenek gunung dan bukit

Then, bila sampai hari sabtu. Jam 6.45 pagi. After subuh...

"Katil, i miss you so much.
I will never leave you okay.
Don't worry, baby.
I'll stay."

Sambung tido.





Pfft.

Sunday 20 March 2016

Drama Jam 6.47 petang


"Kau tak akan boleh lari As.." Hazim geleng kepala. Muka dia ada riak simpati.
"Tapi kenapa aku, Ajim?" Badan As lemah. Tak mampu lagi tahan sesak dalam dada.

"Kau tak boleh tanya kenapa. Semua pun ada bahagian sendiri. Sedang aku juga ada bahagian aku. Kau ada bahagian kau. Setiap jalan yang hamba DIA lalui berbeza. Tak akan sama"

"Percayalah. Fainna ma'al 'usri yusra. Setelah setiap kesusahan, Allah akan hadirkan kesenangan. Bukan dekat dunia As. Tu, akhirat sana. Jauh lagi perjalanan kita" Hazim sambung cakap. As menunduk, matanya masih berkaca.

"Kau takut?" Hazim bersuara.

As mengangguk dalam diam.

Senyum. Hazim datang dekat, usap kepala As macam seorang abang.

"Tak apa. Aku ada." bisiknya.


.
.
.
.


Lama mana kau akan ada Ajim...

Eksperimentasi

Complicatednya rasa. Bila kadang-kadang kau susah hati. Bila kadang-kadang kau happy. It is almost impossible untuk stay constant. Pernah terfikir kenapa?

Aku mencebik tengok refleksi sendiri. Solat pun kau tak jaga, kau expect Allah jaga hati kau?
No, tak boleh buruk sangka sis. Allah tunggu, kau yang tak datang.

Orang kata. Orang la kata;
Kalau nak merasa ketenangan hati,
Bangun tahajud. Solat sunat sebelum subuh.
Cuba la. Eksperimen.

Tu baru orang kata. Ni pulak Allah yang kata:

"Unqestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured"
Ar-Rad:28                  

Kau pulak kata;
Yelah tu

Huh, tak percaya la belum cuba.
Try la






p/s:  Tak malu kah kita, mengaku sebagai hamba tapi lupa DIA.

Saturday 19 March 2016

Those pick up lines

Dear kau yang tak bernama,

Mana mungkin tak bernama, cuma aku yang tak tanya. Maaf :p
Dua jam perjalanan ke Melaka. Kau rasa sempat nak ambil hati aku? Seriously man, ternyata pick up line kau kena. Aku mengaku those buat aku tersenyum juga. Yang paling tak boleh blah bila kau tanya.

"Dah kahwin ke?"

Aku diam seribu bahasa. Alih pandangan ke tepi dan berbisik sendiri.

"Dah kenapa mamat ni..." Bila teringat balik, memang kelakar. Kau yang buat pick up line, kau yang termalu sendiri kan. Maaf, aku tak biasa :)
Tapi pesan aku, if you're not gonna use those after marriage, then don't use it at all. Simpan untuk ambil hati isteri bro. InsyaAllah, aku doakan.

Jangan selalu pergi melepak sangat. Simpan sikit duit tu. Tak pun balik jenguk ibu kat kampung. Kau kata nak balik sekali kan? Haha..susah aku nak percaya jumpa orang kampung sendiri. Yelah tu, entah taktik je tak.

Aku mahu belajar menghargai setiap yang hadir walau sekejap. Thanks to you, aku takde la rasa aku ni tak laku sangat. Lol, maafkan kegedikkan saya :p

Dah tak jumpa. Dah tak ingat muka. Apatah lagi nama.
Apa-apa pun, semoga sihat selalu. Fi hifzillah.

Persinggahan

Dear makcik a.k.a ibu,

Saya tak tahu makcik di mana sekarang. Tapi harapnya makcik sihat-sihat selalu.
Dah bertahun berlalu. Ya, saya masih ingat makcik. Walau tak ingat muka tapi masih ingat kenangan tu walau samar-samar. Makcik bawak beg pakaian, tak ingat bila saya tanya makcik dari mana dan nak ke mana. Sekejap sangat kita bersembang. Mungkin saya terlalu awkward. :)

That moment, when you give me your phone number and asked me to call you ibu. I don't know what do you see in me but remember that first impression never last :)
Tapi saya nak ucap terima kasih, sebab sudi pandang saya tanpa sebarang prasangka. Well, i do have my bad side. Cuma Allah tutup aib saya makcik. Kalau makcik tau, mungkinkah makcik akan pandang saya melalui kaca mata yang sama?

Maaf sebab saya abaikan. Saya simpan sahaja, tak buat apa-apa. Sebab saya fikir, saya taknak menduakan ibu saya. Noobnya saya waktu tu. What am I thinking? Rasa nak ketuk the old me and cakap." Kenapa tak menghargai orang yang singgah dalam hidup kau, walau bukan siapa-siapa tapi tetap saudara sesama Islam. Mana tahu ada yang Allah nak sampaikan melalui dia".
Maafkan saya makcik or should i called you, ibu.

Saya sia-siakan peluang untuk ambil hikmah dari manusia lain. Dan saya baru sedar dan teringat harini. Sedih. InsyaAllah saya ambil pengajaran hari ini. Saya tak boleh duduk dalam kepompong sendiri selamanya kan? Makcik, terima kasih sudi sebarkan kasih sayang. Ya, tahun tu saya sangat dikasihi. Sampai saya lupa untuk menghargai. Dan tahun ni saya kehilangan, jadi saya sangat merindu.

Makcik, fi hifzillah. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah.

Sunyi


"As..."
"Asqa.."
...
"Asqalani!!" aku panggil dia separuh jerit. Dia gelakkan aku.
"Hahahaha. Ye, puan. Nak apa sayang?" Jawab dia. Gedik, nyampah aku.

"Aku takut nak kawin." Aku pandang dia. Dia senyum.
"Sebab?" As angkat kening sebelah.
"Macam-macam sebab."

Dia diam. Bosan betul cakap dengan pakcik sorang ni.

"As.." aku panggil lagi sekali.
"Emm.."
"Kahwin ngan aku. Jaga aku dunia akhirat. Bahagiakan aku" aku cakap perlahan. Tapi aku tau dia dengar.

1,2,3. Tiada jawapan.



Mereput~~
Okay, ini tak kelakar.

Monday 14 March 2016

Diam lagi

Hazim datang berlenggang. Dari jauh dah nampak dia senyum. Suka sangat tunjuk senyuman colgate dia tu. Aku mencebik buat tak layan.

"Kau buat apa?" Tanya dia.
"Berfikir"


Senyum lagi.
"Masih fikir pasal hal tu?"
"Emm" Aku angguk sekali. Tanpa lihat dia.


Dia tarik nafas sekali dan bersuara.
"Channel that kind of love to your parents.
They need it.
They need you.
Tau tak siapa lagi yang paling perlukan tu?" Hazim buang pandang ke tengah laman.


Aku angkat kening sebelah. "Siapa?"

Dia pandang aku. Senyum. Then jawab.

"Kau.."

Aku blur. Kau nak cakap apa ni Ajim? Tapi aku tak tanya. Diam berpeluk lutut. Dia pun diam seolah bagi aku masa.

Ya, aku patut sayang diri sendiri. Bahagia tu bila kau maafkan diri sendiri, terima, dan cuba jadi lebih baik. Tidak ada yang layak menghukum selain Tuhan.

DIA yang tahu apa yang kau lalui.
DIA yang tahu bilamana kau marah.
Bilamana kau sedih.
Bilamana kau sabar.


Allah sayang.
Sebab tu DIA panggil.

Diam


Bilamana fikiran tak boleh nak duduk diam. Tak boleh nak zip tutup bagi tak berbicara. Tak boleh kurung dalam penjara minda.

Pap. DIA tarik balik aku ke dunia realiti.

"Sudah-sudah la tu berangan"
"Apa? Aku just let it out. Nak aku ulang ayat Lord Byron?"


"If i don't write to empty my mind, I go mad."


"Yelah tu~~"


=,=