ABOUT ME ENTRY CERPEN DOODLE

Saturday 19 March 2016

Those pick up lines

Dear kau yang tak bernama,

Mana mungkin tak bernama, cuma aku yang tak tanya. Maaf :p
Dua jam perjalanan ke Melaka. Kau rasa sempat nak ambil hati aku? Seriously man, ternyata pick up line kau kena. Aku mengaku those buat aku tersenyum juga. Yang paling tak boleh blah bila kau tanya.

"Dah kahwin ke?"

Aku diam seribu bahasa. Alih pandangan ke tepi dan berbisik sendiri.

"Dah kenapa mamat ni..." Bila teringat balik, memang kelakar. Kau yang buat pick up line, kau yang termalu sendiri kan. Maaf, aku tak biasa :)
Tapi pesan aku, if you're not gonna use those after marriage, then don't use it at all. Simpan untuk ambil hati isteri bro. InsyaAllah, aku doakan.

Jangan selalu pergi melepak sangat. Simpan sikit duit tu. Tak pun balik jenguk ibu kat kampung. Kau kata nak balik sekali kan? Haha..susah aku nak percaya jumpa orang kampung sendiri. Yelah tu, entah taktik je tak.

Aku mahu belajar menghargai setiap yang hadir walau sekejap. Thanks to you, aku takde la rasa aku ni tak laku sangat. Lol, maafkan kegedikkan saya :p

Dah tak jumpa. Dah tak ingat muka. Apatah lagi nama.
Apa-apa pun, semoga sihat selalu. Fi hifzillah.

0 comments:

Post a Comment