ABOUT ME ENTRY CERPEN DOODLE

Friday 29 April 2016

iPong


"Beb"
"Hmm..?" Aku angkat kening sebelah. Mengharap dia sambung bicara.

"Aku rasa nak beli iphone la"
Aku buat muka terkejut. Angin mana tiba-tiba datang budak ni. Aku mampu garu kepala je.
"Kenapa, bukan kau baru beli phone ke haritu?"
"Kamera dia lawa. Aku jealous tengok orang upload gambar lawa. Flawless je. Aku nak g hiking, tangkap gambar lawa-lawa. Nak tunjuk kat 'dia', aku pun boleh bahagia walaupun takde dia"

*sigh*. Tarik nafas pelan-pelan.

"Beb, for what? Kau dah sedia ada cantik kot. Kenapa nak kena guna kamera? Then, kenapa nak tunjuk satu dunia. Tak perlu la. Dah, tak payah, tak payah". Aku buat muka garang. Aed cebik tanda tak setuju.

*sigh lagi*. Tarik nafas. Sabar.

"Lagi satu, takyah la upload sangat. Kau perempuan beb, aku pun. Aku xnak kawan aku jadi macam....."
"Jadi macam apa?" Tak hilang lagi cebik dia.

"Entah la. Susah nak cakap. Jaga diri. Aku tau kau cantik. Nanti kalau kau lagi suka upload, lagi banyak jadi fitnah. Kau suka ke kalau ramai lelaki suka kacau kau. Aku taknak la entah lelaki mana-mana dok pm. Yang nak kau sebab lawa je. Please, jaga diri beb. Aku sayang kau" Dia diam. Aku sambung lagi membebel.

"Takyah tunjuk yang kau bahagia walau takde dia. Biaq pi kat dia Nak frust menonggeng ka apa ka. Lantak pi lah. Janji dalam hati ni, kau dah tenang. Lagipun, kau ada aku kan?". Aku angkat kening dua kali. Sengih macam kerang busuk. Dia senyum.

"Cheh, kau perempuan laaa"
"So what? Aku pun boleh bahagiakan kau sebagai seorang sahabat"
"Yelah-yelah" Aku cebik. Malas nak gaduh.

"Thanks beb"
Aku senyum.
"No hal. Sebab aku sayang kau"

:)

Beb, kalau kau baca ni. Aku just nak cakap. Aku rindu kau. Jaga diri baik-baik kat sana. Aku rindu nak dengar kau mengadu macam budak kecik. Aku rindu nak nasihat kau macam makcik. Aku tak izin untuk kita putus silaturrahim ni. Fi hifzillah. Semoga dalam jagaan Allah. Jumpa lagi kalau kau masih sudi tengok muka aku :')

Sunday 24 April 2016

Ihsan

Hubungan dengan tuhan jauh lebih senang untuk dijaga, berbanding hubungan dengan manusia.
Dalam konteks hubungan dgn tuhan adalah ibadah macam solat 5 waktu, baca quran, puasa, dhuha, mathurat, tahajud dan lain-lain.
Dengan manusia? Jaga hubungan dengan mak ayah, jaga hubungan bersahabat. Gembirakan hati mereka, beri nafkah, jaga makan minum, beri tuntutan hak, bimbing ke arah syurga Allah.

Susah tak susah?
Susah.
Sebab tu syurga bagi orang-orang yang sabar.

Ada orang diberi peluang untuk jaga mak ayah, walau belajar tak habis. Yang belajar jauh sejak dari form 1 sampai habis sekolah menengah. Sambung belajar universiti, jauh dari mak ayah, mungkin sedikit peluang untuk bahagiakan mereka.

Tak cakap yang satu lebih baik dari yang lain. Tapi masing-masing ada bahagian dia. Walau belajar jauh sekalipun, boleh balik sekali sekala kan. Bahkan dengan kita belajar sungguh-sungguh tu pun, sedikit sebanyak dah dapat gembirakan mak ayah.

Tapi bagi pendapat aku sendiri, orang yang duduk dengan mak ayah. Jaga makan minum diorang akan rasa nikmat sangat-sangat. Dari segi apa? Dari segi dipermudahkan dunia dan akhirat dia insyaAllah. Sebab dia pelihara sifat ihsan dia pada ibu bapa.

Kenapa hubungan manusia jauh lebih susah? Sebab kita tahu Allah Maha Pengampun, walau beribu kali kita buat salah, Allah yg Maha Besar akan tetap ampunkan, selagi kita bersungguh dan bertaubat. Dia akan berkali-kali maafkan walau Dia sendiri dah tahu macamana buruknya diri kita.

Tapi manusia? Kita tak tau kalau kata dia pemaaf, simpan dendam. Hati manusia, walau baik mana, mesti akan tinggalkan luka dengan kesilapan kita, dengan percakapan mahupun perbuatan kita.

Sebab tu, kita tak akan tau. Ada orang hidup biasa-biasa, amalan biasa-biasa, tapi nama dia sentiasa disebut di langit. Sebab apa? Sebab..hmm, nanti kat padang mahsyar kita tau la kan sebab apa.

Ada orang mampu jaga dua-dua. Tak kata perlu lebihkan hubungan manusia dari hubungan dengan Allah. Tapi insyaAllah, yakinlah dengan jaga hubungan dengan Allah, akan dapat bantu untuk jaga hubungan dengan manusia.

Fighting!

Saturday 2 April 2016

Priceless


Bila duduk makan sekali dengan orang. Jangan bukak tv, letak fon ditepi. Spend masa sama-sama.

Kenapa?

Tak kira dengan yang lebih tua, muda malah sebaya. Those small talks are priceless.
Dengan yang tua, kita boleh ambil ilmu.
Dengan yang muda, kita boleh kongsi ceria.
Dengan sebaya, kita boleh reflek diri.

Tuhan tak jadikan kita sorang-sorang. Rasulullah yang dah tak ada ibu, ayah, saudara-mara sekalipun masih ada sahabat :')
Jangan pernah rasa sorang-sorang. Kita ada someone yang Allah hantar untuk bahagiakan kita. Untuk buat kita senyum walau seketika :)



To you;
I've seen enough,
I've done enough,
Time to forgive myself :')




K, takde kaitan