ABOUT ME ENTRY CERPEN DOODLE

Sunday 24 April 2016

Ihsan

Hubungan dengan tuhan jauh lebih senang untuk dijaga, berbanding hubungan dengan manusia.
Dalam konteks hubungan dgn tuhan adalah ibadah macam solat 5 waktu, baca quran, puasa, dhuha, mathurat, tahajud dan lain-lain.
Dengan manusia? Jaga hubungan dengan mak ayah, jaga hubungan bersahabat. Gembirakan hati mereka, beri nafkah, jaga makan minum, beri tuntutan hak, bimbing ke arah syurga Allah.

Susah tak susah?
Susah.
Sebab tu syurga bagi orang-orang yang sabar.

Ada orang diberi peluang untuk jaga mak ayah, walau belajar tak habis. Yang belajar jauh sejak dari form 1 sampai habis sekolah menengah. Sambung belajar universiti, jauh dari mak ayah, mungkin sedikit peluang untuk bahagiakan mereka.

Tak cakap yang satu lebih baik dari yang lain. Tapi masing-masing ada bahagian dia. Walau belajar jauh sekalipun, boleh balik sekali sekala kan. Bahkan dengan kita belajar sungguh-sungguh tu pun, sedikit sebanyak dah dapat gembirakan mak ayah.

Tapi bagi pendapat aku sendiri, orang yang duduk dengan mak ayah. Jaga makan minum diorang akan rasa nikmat sangat-sangat. Dari segi apa? Dari segi dipermudahkan dunia dan akhirat dia insyaAllah. Sebab dia pelihara sifat ihsan dia pada ibu bapa.

Kenapa hubungan manusia jauh lebih susah? Sebab kita tahu Allah Maha Pengampun, walau beribu kali kita buat salah, Allah yg Maha Besar akan tetap ampunkan, selagi kita bersungguh dan bertaubat. Dia akan berkali-kali maafkan walau Dia sendiri dah tahu macamana buruknya diri kita.

Tapi manusia? Kita tak tau kalau kata dia pemaaf, simpan dendam. Hati manusia, walau baik mana, mesti akan tinggalkan luka dengan kesilapan kita, dengan percakapan mahupun perbuatan kita.

Sebab tu, kita tak akan tau. Ada orang hidup biasa-biasa, amalan biasa-biasa, tapi nama dia sentiasa disebut di langit. Sebab apa? Sebab..hmm, nanti kat padang mahsyar kita tau la kan sebab apa.

Ada orang mampu jaga dua-dua. Tak kata perlu lebihkan hubungan manusia dari hubungan dengan Allah. Tapi insyaAllah, yakinlah dengan jaga hubungan dengan Allah, akan dapat bantu untuk jaga hubungan dengan manusia.

Fighting!

0 comments:

Post a Comment