ABOUT ME ENTRY CERPEN DOODLE

Saturday 19 March 2016

Persinggahan

Dear makcik a.k.a ibu,

Saya tak tahu makcik di mana sekarang. Tapi harapnya makcik sihat-sihat selalu.
Dah bertahun berlalu. Ya, saya masih ingat makcik. Walau tak ingat muka tapi masih ingat kenangan tu walau samar-samar. Makcik bawak beg pakaian, tak ingat bila saya tanya makcik dari mana dan nak ke mana. Sekejap sangat kita bersembang. Mungkin saya terlalu awkward. :)

That moment, when you give me your phone number and asked me to call you ibu. I don't know what do you see in me but remember that first impression never last :)
Tapi saya nak ucap terima kasih, sebab sudi pandang saya tanpa sebarang prasangka. Well, i do have my bad side. Cuma Allah tutup aib saya makcik. Kalau makcik tau, mungkinkah makcik akan pandang saya melalui kaca mata yang sama?

Maaf sebab saya abaikan. Saya simpan sahaja, tak buat apa-apa. Sebab saya fikir, saya taknak menduakan ibu saya. Noobnya saya waktu tu. What am I thinking? Rasa nak ketuk the old me and cakap." Kenapa tak menghargai orang yang singgah dalam hidup kau, walau bukan siapa-siapa tapi tetap saudara sesama Islam. Mana tahu ada yang Allah nak sampaikan melalui dia".
Maafkan saya makcik or should i called you, ibu.

Saya sia-siakan peluang untuk ambil hikmah dari manusia lain. Dan saya baru sedar dan teringat harini. Sedih. InsyaAllah saya ambil pengajaran hari ini. Saya tak boleh duduk dalam kepompong sendiri selamanya kan? Makcik, terima kasih sudi sebarkan kasih sayang. Ya, tahun tu saya sangat dikasihi. Sampai saya lupa untuk menghargai. Dan tahun ni saya kehilangan, jadi saya sangat merindu.

Makcik, fi hifzillah. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah.

0 comments:

Post a Comment