ABOUT ME ENTRY CERPEN DOODLE

Saturday 31 December 2016

2016

Posting all my repekan dalam draft. Sempena tahun baru yang bakal menjelang. Chewah. Kelas kau Maria.

Tahun 2016 merupakan tahun yang memerlukan banyak kesabaran. Believe it or not, I survive. Ada sesetengah masa aku sangat happy bergelak ketawa. Setengah masanya lagi aku menangis berlelehan air mata. Tu la orang kata, gelak banyak nanti nangis. Padan muka.

Sem ni sem terakhir aku sebagai seorang pelajar. Lepas ni dah takdak ponteng kelas, study last minit dan tengok movie sampai dua tiga pagi. My life as a student have come to an end. Chewah. Tapi apa yang special untuk tahun 2016 ialah bila aku kerja part time. Aku sangat-sangat bahagia dapat kerja dan sangat suka dengan kerja aku. Except for a few things kebelakangan ni. Dan sebenarnya aku dah officially unemployed semalam. Hahhaha, yesterday is my last day. Goodbye bos. Jangan lupa masukkan gaji ;)

Kerja sambil belajar memang letih gila. Mostly aku memang takde kat bilik. Kalau tak kerja, ada kelas. Kalau takde kelas, kerja. Tapi ada je masa keluar pergi makan. Walaupun aku nampak je macam busy tapi sebenarnya sempat je nak tengok cerita satu episode sehari. Selalu jugak tak tido sebab kena buat assignment dan esok paginya kena pergi kerja. Memang tahan je lah mata. My time management sucks.

Sepanjang aku kerja, aku discover a few things about myself. Aku sedar rupanya aku ambivert instead of introvert. Lol, baru tau. Ini disebabkan bila aku dah tak kerja aku rasa stress duduk sorang-sorang dalam bilik dan tak buat apa-apa. Tapi bila ingat balik, time kerja aku happy sebab jumpa dengan ramai jenis manusia. Ada yang sopan, softspoken, ada yang jenis tak menyabar dan macam-macam lagi. Paling aku suka bila kawan-kawan yang aku kenal datang kedai. Mula la aku perasan diri aku ni popular. Haha. Tapi memang softskill semakin meningkat sejak kerja ni. Pakcik-pakcik bas pun kenal aku. Customer pun ramai yang dah recognise dan selalu sembang-sembang dengan aku. Aku happy :)

Pengakhiran tahun 2016, aku sedar banyak benda aku nak capai dalam hidup ni. Terlalu banyak sampai kadang-kadang aku malas nak fikir. Salah satu benda yang aku nak buat ialah pergi solat dekat random masjid/surau serata Malaysia. Belum tercapai tapi dah ada a few masjid yang aku dah pergi dan jatuh cinta (Masjid Puncak Alam). Dan ada juga hajat aku yang aku rancang tapi tak menjadi. Aku banyak belajar sabar dan terima apa yang Allah dah aturkan untuk tahun ini. Jadi, amalkanlah doa ni selalu yer.

"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri. Aku memohon dengan rahmat pertolonganMu. Perbaikilah untukku urusanku semuanya. Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau kadar sekelip mata"

Amin

Semoga Allah berkati sepanjang penghidupan ini. Dan semoga tahun-tahun mendatang lebih baik dan menjadikan aku seorang yang lebih matang. Sekian.

0 comments:

Post a Comment